Saturday, 1 October 2011

INTERAKSI 1

PENTAKSIRAN
definisi pentaksiran
·         Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.
PENGUJIAN
·         Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi
·         Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat.
·         Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. 
·         Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.
PENILAIAN
·         Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian.
·         KONSEP: Perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

INTERAKSI 2

TAKSONOMI DAN DOMAINNYA
  • Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]
  • Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
  • Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
  • Terdapat tiga domain utama dalam
    pendidikan iaitu :-
    Ø Domain Kognitif
    Ø Domain Afektif
    Ø Domain Psikomotor
    Ø Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
    Ø Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
    Ø Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
DOMAIN KOGNITIF
  • Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
  • Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. 
  • Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
  • Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

APA ITU TAKSONOMI BLOOM?
  • Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
  • Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
  • Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
ARAS TAKSONOMI BLOOM
1- Pengetahuan
2- Kefahaman
3- Aplikasi
4- Analisis
5- Sintesis
6- Penilaian

PENGETAHUAN
  • Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. 
  • Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya. 
KEFAHAMAN
  • Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
  • Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
APLIKASI
  • Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. 
  • Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.
ANALISIS
  • Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
  • Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

    SINTESIS
  • Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. 
  • Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

    PENILAIAN
    Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.
APA ITU TOKSONOMI KRATHWOHL?
  • Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
  • Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
  • Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
  • Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

    PENERIMAAN
  • Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
  • Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
  • Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

    Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras
    ini iaitu :
    (a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
    (b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
    (c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian
GERAK BALAS
  • Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
  • Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.
MENILAI
  • Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
  • Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
ORGANISASI
  • Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
  • Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
  • Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

INTERAKSI 4

SOALAN OBJEKTIF
Definisi :
merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon. Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan). Mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item. Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
1.    Item respon bebas
2.    Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

Contoh;
1.    Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
2.    Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.
Item respon tetap (item jenis pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
Jenis soalan respon tetap;
1. Format salah betul
2. Padanan
3. Aneka pilihan
Format salah betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
Hitam – Putih ( ),
Padanan
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
Aneka Pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
1.    Berbentuk soalan
2.    Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
3.    Analogi
4.    Antonim
5.    Jenis negatif
6.    Mengisi tempat kosong
7.    Jenis campuran
8.    Teknik kloz
9.    Mengelaskan
Panduan pembinaan
1.    Pokok soalan (stem)
§  Bahasa mudah difahami
§  Berbentuk soalan / ayat tidak lengkap
§  Kesukaran mengikut aras kesukaran taksonomi
§  Kurangkan soalan berbentuk negatif (10%-hitamkan / garis)
§  Gambar, rajah, dan carta disertakan bagi soalan yang berkaitan.
2.    Bahan ransangan
3.    Pilihan jawapan
§  Jawapan yang disediakan haruslah logik.
§  Ditulis sejajar (semua huruf atau semua angka)
§  Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
§  Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
§  Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
§  Tiada perkataan yg berulang
§  Pastikan satu jawapan shj yg betul
4.    Distraktor (penganggu jawapan)4. Struktur item (roman dan abjad)
Kelebihan
1.    Mudah disemak
2.    Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
3.    Menguji banyak topik
4.    Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
5.    Mengukur proses mental yang tinggi
Kelemahan
1.    Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
2.    Potensi untuk meneka jawapan tinggi
3.    Sukar untuk dibina
4.    Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
5.    Calon bijak tidak perlu belajar banyak
6.    Tidak dapat mengukur keaslian
SOALAN SUBJEKTIF
Definisi :
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
  • Terdapat dua jenis
1.    Tindak balas terhad (struktur – jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)
2.    Tindak balas lanjutan (esei)
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.
Panduan Pembinaan Item Subjektif
  • Membentuk JSU
  • Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :
    1.Tugas / arahan soalan jelas
    2.Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.
    3.Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)
    4.Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.
    5.Sediakan satu skema pemarkahan.
Kelebihan
  • Mudah digubal
  • Sesuai untuk semua mata pelajaran
  • Sesuai untuk semua aras taksonomi
  • Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yang si peroleh.
  • Mengurangkan konsep meneka.
  • Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
  • Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
Kelemahan
  • Bidang yang diuji terhad
  • Soalan boleh diramal
  • Mengukur pengetahuan dalam satu bidang sahaja.
  • Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.

INTERAKSI 5

JENIS PENILAIAN BAHASA
Terdapat enam jenis penilaian bahasa iaitu:
Prinsip-prinsip Ujian :
1.    kesahan :
meliputi kesemua tajuk kemahiran, mengukur secara tepat semua perkara yang hendak diukur.
2.    kesahan isi : menguji isi kandungan mata pelajaran.
3.    kesahan gagasan - soalan memiliki nilai-nilai tingkah laku (kognitif, psikomotor, afektif), terdapat soalan yang merujuk kepada hipotesis (kesimpulan awal) kesahan ramalan - soalan-soalan yang dikemukakan berunsur jangkaan.
4.    keobjektifan - kriteria pemarkahan
5.    kebolehtadbiran :
pengendalian ujian (menepati masa ujian, persekitaran ujian yang selesa, dan lain-lain)
6.    kemudahtafsiran - hasil pencapaian calon dapat ditafsiran dengan cara yang boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaiaannya


 









Ujian formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas. Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran bagi menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif ini diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.


Perbezaan antara ujian Formatif dan ujian Sumatif.
CIRI-CIRI
Ujian Sumatif
( Rujukan norma )
Ujian Formatif
( Kriteria )
Pengertian
-       Ujian pencapaian relatif yang menunjukkan prestasi kumpulan calon dalam bentuk graf normal

-       Ujian objektif yang menentukan pencapaian individu berdasarkan ninimum yang ditetapkan terlebih dahulu
Tujuan
-       Membanding dan membezakan prestasi antara calon
-       Menentukan penguasaan pembelajaran berdasarkan mengikut kriteria yang ditetapkan
Kegunaan
-       Ujian sumatif membezakan calon-calon dalam peringkat prestasi cemerlang
-       Ujian formatif untuk memperbaiki P&P berdasarkan keputusan ujian
Ciri Soalan
-       Mudah ke susah
-       Soalan hampir sama.
-       Peringkat kesukaran berdasarkan objektif pelajaran
Ciri Ujian
-       Markah lulus ditentukan selepas keputusan ujian
-       Markah lulus ditetapkan sebelum ujian dijalankan
Sasaran
-       Perbandingan prestasi antara ramai calon
-       Penentuan prestasi secara individu atau kumpulan kecil
Contoh Ujian
-       UPSR,PMR,SPM
-       Ujian pendek, kerja khusus, latihan


Ujian Bakat
Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.

Ujian Pencapaian
Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran. Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

Ujian Kefasihan
Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Ujian Kemajuan
Ujian ini merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
 
Christening Gowns, Free Blogger Templates