Saturday, 1 October 2011

INTERAKSI 5

JENIS PENILAIAN BAHASA
Terdapat enam jenis penilaian bahasa iaitu:
Prinsip-prinsip Ujian :
1.    kesahan :
meliputi kesemua tajuk kemahiran, mengukur secara tepat semua perkara yang hendak diukur.
2.    kesahan isi : menguji isi kandungan mata pelajaran.
3.    kesahan gagasan - soalan memiliki nilai-nilai tingkah laku (kognitif, psikomotor, afektif), terdapat soalan yang merujuk kepada hipotesis (kesimpulan awal) kesahan ramalan - soalan-soalan yang dikemukakan berunsur jangkaan.
4.    keobjektifan - kriteria pemarkahan
5.    kebolehtadbiran :
pengendalian ujian (menepati masa ujian, persekitaran ujian yang selesa, dan lain-lain)
6.    kemudahtafsiran - hasil pencapaian calon dapat ditafsiran dengan cara yang boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaiaannya


 









Ujian formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas. Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran bagi menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif ini diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.


Perbezaan antara ujian Formatif dan ujian Sumatif.
CIRI-CIRI
Ujian Sumatif
( Rujukan norma )
Ujian Formatif
( Kriteria )
Pengertian
-       Ujian pencapaian relatif yang menunjukkan prestasi kumpulan calon dalam bentuk graf normal

-       Ujian objektif yang menentukan pencapaian individu berdasarkan ninimum yang ditetapkan terlebih dahulu
Tujuan
-       Membanding dan membezakan prestasi antara calon
-       Menentukan penguasaan pembelajaran berdasarkan mengikut kriteria yang ditetapkan
Kegunaan
-       Ujian sumatif membezakan calon-calon dalam peringkat prestasi cemerlang
-       Ujian formatif untuk memperbaiki P&P berdasarkan keputusan ujian
Ciri Soalan
-       Mudah ke susah
-       Soalan hampir sama.
-       Peringkat kesukaran berdasarkan objektif pelajaran
Ciri Ujian
-       Markah lulus ditentukan selepas keputusan ujian
-       Markah lulus ditetapkan sebelum ujian dijalankan
Sasaran
-       Perbandingan prestasi antara ramai calon
-       Penentuan prestasi secara individu atau kumpulan kecil
Contoh Ujian
-       UPSR,PMR,SPM
-       Ujian pendek, kerja khusus, latihan


Ujian Bakat
Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.

Ujian Pencapaian
Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran. Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

Ujian Kefasihan
Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Ujian Kemajuan
Ujian ini merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.

No comments:

Post a Comment

 
Christening Gowns, Free Blogger Templates