PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
· Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Portfolio ini adalah berfokus kepada proses, dan tidak memberatkan hasil . Selain itu, melalui portfolio ini membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri. Penilaian ini lebih terbuka dan seimbang. Dipantau melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti pembelajaran. Penilaian ini dapat dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama
· Portfolio adalah berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan yang rapi.
· pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.
Ciri_Ciri Portfolio
i. Secara kolaboratif :
· Portfolio ini dijalankan secara kolaboratif
ii. Pembelajaran secara interaktif :
· Menggalakkan pembelajaran secara interaktif
iii. Dokumentasi berstruktur :
· Portfolio ini berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti
iv. Bersifat fleksibiliti :
· Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated kontrak seperti segi masa, strategi atau bentuk
v. maklumat yang tersusun:
· Kandungan portfolio harus terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik.
Kegunaan Portfolio
Terdapat beberapa kegunaan portfolio di dalam kaedah penilaian ini anataranya ialah:
• Guna menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.
• Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan penilaian kendiri.
• Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri.
• Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar
• Mempelbagaikan bukti penilaian.
• Membolehkan penilaian dalam bidang afektif.
Peringkat Pembinaan Portfolio
i. Menentukan tujuan portfolio
ii. Menentukan isi portfolio
iii. Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar
• Menentukan tujuan portfolio
ü Menghuraikan tujuan portfolio.
ü Menghuraikan instrumen portfolio.
ü Refleksi/menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran
• Menentukan isi portfolio
ü Menghuraikan jenis atau aktiviti pembelajaran.
ü Menghuraikan luas bidang pembelajaran.
ü Refleksi/menyemak huraian bukti/sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
ü Memastikan kriteria ini tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan.
ü Menyemak huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang.
• Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar
ü Menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.
ü Refleksi menyemak huraian keadah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasaran.
-
Cara Utama Untuk Menilai Portfolio
i. Pelbagai penulisan : Mengumpul pelbagai jenis penulisan untuk pelbagai tujuan
ii. Masa : Berikan masa untuk pelajar mengkritiknya
iii. Susun atur koleksi : Membantu pelajar menyusun atur koleksi dalam kategori dan sub kategori yang bermakan dan menarik
iv. Penilaian kendiri : Tujuan utama portfolio adalah penilaian kendiri dan sedar akan perkembangannya
v. Kekuatan dan kelemahan : Menilai proses dan hasil untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
vi. Demensi berlainan : Melihat demensi yang berlainan
Aspek yang perlu ada dalam sesebuah portfolio
ü Senarai semak yang disediakan guru
ü Nota-nota yang disediakan guru
ü Catatan Jurnal
ü Buku log
ü Refleksi kendiri
ü Gambar dan foto



No comments:
Post a Comment