Showing posts with label MINGGU 12. Show all posts
Showing posts with label MINGGU 12. Show all posts

Saturday, 1 October 2011

INTERAKSI 12 (BAHAGIAN 3)

DEFINISI BROSUR
Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.
Rubrik Penilaian Brosur 

1. Lemah (0-5)

2. Sederhana (6-8)

3. Cemerlang (9-10)


Kreativiti dan keaslian 

1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)

2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.

3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.


Fungsi 

1. Reka bentuk dan paparan yang salah

2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.

3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Tatabahasa

      i.        Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
     ii.        Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
    iii.        Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi

      i.        Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi. 
     ii.        Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat. 
    iii.        Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai


DEFINISI POWER POINT

Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

MATLAMAT
·         Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict

OBJEKTIF

·         Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT
·         Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru


CIRI-CIRI
·         Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
·         Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-       Hasil ciptaan sendiri
-       Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
-       Berasaskan Windows
-       Interaktif

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.    Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2.     Keberkesanan kesinambungan persembahan 
3.     Ketepatan isi kandungan
4.     Kelengkapan laporan
5.     Cara penyampaian maklumat
6.     Keistimewaan persembahan
7.    Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd
8.     Masa terhad untuk persembahan.


INTERAKSI 12 (BAHAGIAN 2)

PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK 

DEFINISI BROSUR:

- Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

Rubrik Penilaian Brosur:

1. Lemah (0-5)
2. Sederhana (6-8)
3. Cemerlang (9-10)

Kreativiti dan keaslian
 
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

Fungsi :
1. Reka bentuk dan paparan yang salah
2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Tatabahasa:
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi :
1.Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
 
2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.
 
3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.
 


2.DEFINISI POWER POINT

Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.


MATLAMAT:

• Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict

OBJEKTIF:

• Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT
• Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

CIRI-CIRI:

• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
 
3. Ketepatan isi kandungan
4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan.


Halaman sesawang : web

Persembahan rekaan
§ 
Penggunaan teknologi maklumat yang efektif
ú 
Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman
ú 
Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan sensitif
ú 
Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki
ú 
Penggunaan laras bahasa yang sesuai
ú 
Mempunyai maklumat tambahan
ú 
Mempunyai jaringan yang luas
ú

INTERAKSI 12 (BAHAGIAN 1)

PENILAIAN MELALUI PROJEK

Pengenalan

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh
masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data
persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,
projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara
individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka
masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses
sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.

"Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau
membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,
1989).


Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?

Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:
1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
2. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
3. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.

Ciri-ciri Penilaian Projek
a. Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
b. Jangka masa yang panjang
c. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
d. Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.
e. Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
f. Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
g. Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
h. Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
i. Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
j. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.


Jenis-jenis penilaian Projek

1. Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.
2. Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
3. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
4. Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.


Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.
 
Christening Gowns, Free Blogger Templates