Saturday, 1 October 2011

INTERAKSI 6

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
·  Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.  Portfolio ini adalah berfokus kepada proses, dan tidak memberatkan hasil . Selain itu, melalui portfolio ini membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri. Penilaian ini lebih terbuka dan seimbang. Dipantau melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti pembelajaran. Penilaian ini dapat dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama
·         Portfolio adalah berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan yang rapi.
·         pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Ciri_Ciri Portfolio
      i.        Secara kolaboratif :
·         Portfolio ini dijalankan secara kolaboratif
    ii.        Pembelajaran secara interaktif :
·         Menggalakkan pembelajaran secara interaktif
   iii.        Dokumentasi berstruktur :
·         Portfolio ini berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti
   iv.        Bersifat fleksibiliti :
·         Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated kontrak seperti segi masa, strategi atau bentuk
     v.        maklumat yang tersusun:
·         Kandungan portfolio harus terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik.
Kegunaan Portfolio
Terdapat beberapa kegunaan portfolio di dalam kaedah penilaian ini anataranya ialah:
          Guna menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.
          Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan penilaian kendiri.
          Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri.
          Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar
          Mempelbagaikan bukti penilaian.
          Membolehkan penilaian dalam bidang afektif.

Peringkat Pembinaan Portfolio
        i.        Menentukan tujuan portfolio
       ii.        Menentukan isi portfolio
      iii.        Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar

          Menentukan tujuan portfolio
ü  Menghuraikan tujuan portfolio.
ü  Menghuraikan instrumen portfolio.
ü  Refleksi/menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran

          Menentukan isi portfolio
ü  Menghuraikan jenis atau aktiviti pembelajaran.
ü  Menghuraikan luas bidang pembelajaran.
ü  Refleksi/menyemak huraian bukti/sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
ü  Memastikan kriteria ini tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan.
ü  Menyemak huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang.

          Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar
ü  Menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.
ü  Refleksi menyemak  huraian keadah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasaran.

-        
Cara Utama Untuk Menilai Portfolio
      i.        Pelbagai penulisan : Mengumpul pelbagai jenis penulisan untuk pelbagai tujuan
     ii.        Masa : Berikan masa untuk pelajar mengkritiknya
    iii.        Susun atur koleksi : Membantu pelajar menyusun atur koleksi dalam kategori dan sub kategori yang bermakan dan menarik
    iv.        Penilaian kendiri : Tujuan utama portfolio adalah penilaian kendiri dan sedar akan perkembangannya
     v.        Kekuatan dan kelemahan : Menilai proses dan hasil untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
    vi.        Demensi berlainan : Melihat demensi yang berlainan

Aspek yang perlu ada dalam sesebuah portfolio
ü  Senarai semak yang disediakan guru
ü  Nota-nota yang disediakan guru
ü  Catatan Jurnal
ü  Buku log
ü  Refleksi kendiri
ü  Gambar dan foto


INTERAKSI 8 (BAHAGIAN 2)

PEMBINAAN UJIAN
Pendahuluan

Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan
ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang
pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajarpelajar
dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk
memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.

Jenis-jenis Ujian
1. Ujian objektif
2. Ujian subjektif.

Ujian Objektif

Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu
jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item
jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

Pembinaan Ujian Objektif

Item Respons Bebas
i. Jenis soalan:
contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)
ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:
a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudahturun.
b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

Item Salah - Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.

Kata Bilangan Contoh
1. Kata Adjektif Sifatan
A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
2. Kata Adjektif Pancaindera
B. Budak baik selalu dipuji.
3. Kata Adjektif Bentuk
C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.
4. Kata Adjektif Perasaan
D. Dia amat rindu akan emaknya.

Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi

Item Jenis Cantuman

Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.



Soalan Subjektif


Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
1. Item Jenis Struktur
2. Item Jenis Esei
3. Pembinaan Ujian

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian

Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)

a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan

ii.Kebolehpercayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang
diuji.


Rumusan

Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan
dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah
objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan
seterusnya aras ujian itu sendiri.

INTERAKSI 8

PENILAIAN BERASASKAN PROJEK
Pengenalan
• Aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.
• Dalam konteks sekolah, projek bermaksud dilakukan secara amali.
• Tugasan dijalankan secara individu atau kumpulan.
• Penilaian dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil disediakan.
• Interaksi di antara guru , rakan sebaya dan pihak lain adalah sangat penting.
• Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan.
TUJUAN
• Menggalakkan pelajar bekerjasama.
• Murid berpeluang untuk menunjukkan kreativiti
• Memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar.
• Memberi peluang pelajar untuk memimpin,
• Memberi suatu suasana pembelajaran untuk pelajar yang segan dan malu berbincang.
GARIS PANDUAN LAPORAN PROJEK
• Tunjukkan kerumitan yang mungkin bagi sesuatu topic.
• Tentukan kriteria penilaian.
• Elakkan perkara yang terlalu abstrak.Gunakan kosa kata yang sesuai.(Laras bahasa)
• Guna contoh yang sesuai.
• Hubung kait topik dengan pengalaman sendiri.
Langkah menjalankan projek
– Penentuan tajuk dan skop
– Penilaian awal projek
– Pelaksanaan strategi
– Pemprosesan maklumat
– Penilaian hasil projek

INTERAKSI 9 (BAHAGIAN 2)

PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA:
Kemahiran lisan, membaca dan menullis) 


PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA MENGANDUNGI KEMAHIRAN SEPERTI BERIKUT:

•Kemahiran Lisan
•Kemahiran Membaca
•Kemahiran Menulis

Pengenalan:

Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur.

(Kemahiran mendengar):

-Kemahiran paling asas
-Berlaku pada peringkat penerimaan
-Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa
yg didengar.

(Kemahiran bertutur):

-Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
-Peringkat penglahiran
-Perlu ditiru & diajuk
-Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.

KEMAHIRAN LISAN (KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR):

Tujuan Kemahiran Lisan:

-Menyebut perkataan / ayat dgn betul
-Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
-Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
-Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan 
perasaan dan kehendak)
-Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, & 
perbendaharaan kata yg luas. 

Kemahiran yang boleh diperolehi murid:

-Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul
¢-Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.
-Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar & menghormati pertuturan org lain.
-Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
-Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
-Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.

Penilaian Kemahiran Lisan Yang Dibuat:

-bacaan kuat
-syarahan
-perbahasan
-bercerita
-perbincangan
-hafazan
-temu bual
-soal jawab
-nyanyian
-deklamasi sajak
-mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian Lisan membolehkan guru:

-mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur
secara gramatis.
-mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
-mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
-mengesan kelancaran dalam sebutan.
-mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
-Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.

Contoh : PLBS

-Menyediakan Instrumen soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
-aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
-pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
-aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Konsep kemahiran mendengar:

-Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.
-Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-peringkat.
-Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.
-Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.
-Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.
-Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)

Peringkat Kemahiran mendengar:

1. mendengar deretan bunyi
2. Memahami bunyi-bunyi yg didengar
3. Menilai bunyi-bunyi yg didengar
4. Bertindak terhadap bunyi


Jenis-jenis mendengar:

1. Mendengar pasif:
-Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan
-Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.

2. Mendengar secara bertelau-telau:
-Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
-Lemah dlm bahasa yg dipelajari & tidak didedahkan kpd suasana bahasa tersebut.

3. Mendengar tanpa tindak balas:
-Mendengar tp tidak bertindak balas
-Tidak beremosi dan tidak memahami

4. Mendengar secara menebuk-nebuk:
-Berlaku pd pelajar bahasa ibunda
-Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut ttpi sebenarnya tidak

5. Mendengar secara beremosi:
-Mendengar & mampu meransang emosi
-Merasa sesuatu dan bertindak balas

6. Mendengar secara berhati-hati:
-Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
-Memahami ujaran dgn tepat

7. Mendengar secara kritikal:
-Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)
-PnP KBKK

8. Mendengar secara pengamatan:
-Murid sudah mampu berfikir kritikal
-Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yg didengar lebih bermakna)

9. Mendengar secara kreatif:
-Mengulas, mengritik, menilai
-Mencapai penguasaan bahasa yg baik

Peringkat kemahiran mendengar beserta contoh:

1. Peringkat awal:
-Melakukan sesuatu yg disuruh
-Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
-Mengecam, mengajuk & memilih bunyi

2. Peringkat pertengahan:
-Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
-Mengesan urutan
-Mengenal sebab dan akibat

3. Peringkat maju:
-Mengenal isi-isi penting
-Mengenal peranan dan perhubungan org yg bercakap
-Mentafsir maksud
-Memberitahu tekanan dan intonasi

Konsep bertutur:

-Gabungan bunyi-bunyi bahasa
-Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman
berbanding kecerdasan otak)
-Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan
-Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan
penguasaan sistem bunyi.

Aspek-aspek pertuturan:

a)Sebutan
murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna. 

b)Tekanan
Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.
Biasanya dilakukan pada suku kata.
Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
Lambangnya ialah /?/.
Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

d) Kefasihan
boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

e) Laras bahasa
kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
Bertujuan untuk berkomunikasi.

f) Tatabahasa 
merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.
Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis
fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.
morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.
Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.

g) Jeda
jeda = persendian
digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)
/+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.

h) Intonasi
merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
juga disebut sebagai nada suara
intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.
intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.

I)Nada
nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.
nada tidak bersifak fonemik.

j) kelancaran
bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

Gaya bahasa berdasarkan nada:

Gaya yg sederhana
-Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.
-Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu.

Gaya bahasa mulia & bertenaga
-Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak
-Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu.

Gaya menengah
-Bertujuan utk menghasailkan suasana yg tenang dan damai.
-Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.
-Cth situasi pesta dan rekreasi

Faktor-faktor yang mempengaruhi pertuturan:

- Kecerdasan – kemampuan menghasilkan bahasa
- Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)
- Fizikal – alat artikulasi
- Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga
- Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat
- Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat
- Umur – kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan 
alat artikulasi.

KEMAHIRAN BERTUTUR:

Konsep :
 menyemak dan memeriksa
¢Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti 
tugasan dan hasil penulisan murid seperti:
Karangan
Laporan projek/kerja kursus/folio
Latihan dan ujian bertulis
Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Instrumen Penilaian Penulisan:
Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :


Kemahiran menulis:

-Menyusun idea
-Penggunaan tanda baca
-Perbendaharaan kata
-Mengaplikasi
-Mentafsir
-Menilai

Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :

- Soalan menepati kemahiran yang hendak diuj
- Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
- Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- Skema pemarkahan disediakan

Bentuk Item Soalan:
- Bentuk Item Objektif 
- Bentuk Item Subjektif

Tujuan:
• Mengesan serta merta
• Mengesan kemajuan
• Mengesan pencapaian

KEMAHIRAN MEMBACA:

•Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya :

Contoh teknik:

SQ3R,1H+5W, SKIMMING SCANNING,KWLH dll.

Konsep membaca:

Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis’ (WILLIAMS 1984).
Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat.

Tujuan:

• Mengetahui isi-isi penting.
• Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan 
diingati.
• Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas 
supaya mudah diingati dan difahami.

Cara Gaya Pembacaan:

•Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya pembelajaran anda.
•Persediaan yang cukup.
•Tumpukan perhatian, minat dan fikiran
•Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca.

Peringkat bacaan:

• Kesediaan membaca
• Prabacaan
• Membaca mekanis
• Membaca mentalis
• Bacaan Intensif
• Bacaan Ekstensif

Aspek berkaitan dnegan kemahiran membaca:

- Kadar kelajuan
- Pergerakan mata
- Mengenal pasti struktur ayat
- Membaca secara kuat
- Membaca secara aktif
- Menunjuk
- Motivasi
- Gerak hati atau jangkaan
- Keadaan fizikal

Peringkat Pemahaman:

- Peringkat Lateral:
Pengetahuan dan pemahaman murid
Mengingat semula isi karangan dan perlu mempunyai kelebihan memahami

- Interpretasi:
Murid mampu mentafsir makna berdasarkan pembacaan ringkas
Menentukan sebab petikan tersebut ditulis
Menggabungkan fakta untuk membuat rumusan

- Inferens:
Murid mampu berfikir sendiri tentang isi petikan
Menentukan sebab dan akibat

Menilai: 
-Peringkat analisis dan sintesis
-Membentuk soalan atau mampu memahami soalan peringkat tinggi mengikut Taksonomi Bloom
-Mampu membezakan yang baik dan buruk.
-Mempunyai pendapat tersendiri.

Teknik SQ3R:

Diperkenalkan oleh Robinson (1961).

-Satu kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.


S – Survey (Kaji)
Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Q – Question (Soal)
Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

R – Read (Baca)
Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.

R – Recite (Lafazkan semula)
Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.

R – Review (Ulang)
Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingat.

Kelebihan:

- Dapat melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas sebagai pelajar.
- Dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat.
- Lebih fokus terhadap apa yang kita baca

INTERAKSI 9

JENIS PENILAIAN BAHASA

1. Ujian Formatif dan Sumatif
2. Ujian Kefasihan dan Kemajuan
3. Ujian Bakat dan Pencapaian

Ujian Formatif dan Sumatif

1.1 Ujian Formatif

Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

1.2 Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diujian.

Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif




UJIAN KEFASIHAN

Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan
pengetahuan dan kebolehan mereka.

UJIAN KEMAJUAN

Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.


UJIAN BAKAT

Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Ujian ini biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.

UJIAN PENCAPAIAN

Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos

INTERAKSI 10 (BAHAGIAN 2)

KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Dalam menilai pengajaran bahasa, terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu:
1. Penilaian Melalui Portfolio
2. Penilaian Melalui Pemerhatian

PENILAIAN PORTFOLIO

Pengenalan

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Tujuan Portfolio

Sesebuah portfolio diwujudkan adalah untuk:

1. Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.

2. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka
secara sistematik.

3. Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat
peribadi.

Kegunaan Portfolio
1. Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
2. Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
3. Menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.
4. Menilai secara sumatif pembelajaran.
5. Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

Ciri-ciri Portfolio

1. Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

2. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.

3. Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.

4. Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

5. Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara akti

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.

1. Portfolio Kerja Harian
2. Portfolio Hasil Terbaik
3. Portfolio Dokumen

Bagaimana Menilai Portfolio?

1. Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

2. Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf

3. Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.

4. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio

a. Sesebuah portfolio mengandungi:
b. Senarai semak yang disediakan oleh guru
c. Nota-nota yang disediakan oleh guru
d. Catatan jurnal
e. Buku log
f. Refleksi kendiri murid
g. Gambar dan foto

Kebaikan Penilaian Portfolio
1. Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
2. Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
3. Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
4. Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.



PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu
yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek
kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran.

Jenis Pemerhatian

Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
1. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
2. Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
3. Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.

Strategi Pemerhatian

1. Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
2. Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
3. Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.
3. Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.

Pelaksanaan Proses Pemerhatian

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.
Antaranya ialah:
a. Kualiti Pemerhatian
b. Bentuk Perancangan
c. Jenis-jenis Pemerhatian


Fungsi Pemerhatian
1. Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
2. Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
3. Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.

Rumusan.

Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.
 
Christening Gowns, Free Blogger Templates